CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 31, 2009

Night of The Future

The best thing about the future is that it only comes one day at a time.




tressure all the time together..

hairstyle



this is for those who had long hair..
it must be tidy and not dye...

but a man look even more smarter with short hairstyle.. didn't you think soo?

Dinner Etiquette & Proper Table Manners






Maklumat Annual Dinner

Assalamualaikum. .

Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Annual Dinner utk batch MARA 06/07 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :10/11/2009 (Selasa)

Tempat : Taj Mahal Hall /restaurant (Depan Carefour)

Masa : 7 malam – 11.32 malam.

Bayaran : 65 L.E ( sponser byk,duit akan dipulangkan)

Untuk makluman sahabat-sahabat pada asalnya harga satu orang adalah 100 L.E..selepas berbicang dengan manager hall tersebut Alhamdulillah harga dapat dikurangkan. Dan pada awalnya 12hb adalah tarikh yg kami bincangkan,tetapi disebabkan hall tersebut tidak available pada tarikh tersebut maka kami mengambil 10hb sebagai tarikh sesuai.Insyallah tiada sebarang exam pada minggu itu.

Pembayaran boleh dibuat sebelum 5/11 (Khamis) kpd :

Ikhwah : Omar mukhtar che azani, mohd hafiz syazwan dan syakrani.

Akhawat : An-Nagah. & Adila Bohari

Majlis Annual Dinner ini adalah majlis rasmi untuk semua batch MARA 2006/2007 dan telah diwajibkan oleh Ustaz Ishak.Kerjasama sahabat-sahabat sekalian amat dihargai.Sekian.

Yg Benar,

C.M.Hanif.

(T.Pgrh AD 07/06)

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Tuesday, October 27, 2009

.:Protokol:.


Definisi Protokol:
Menurut Mokhtar & Ahmad (2001:4) dalam Protokol Di Malaysia: Tradisi dan Amalan :
“Perkataan protocol pula dikatakan berasal daripada bahasa Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua kata dasar, protos dan koll. Protos bermakna yang pertama, manakala koll membawa maksud pelekat. Pelekat yang ‘pertama’ merujuk sehelai kertas yang ditampilkan pada dokumen undang-undang untuk membuktikan kesahihan”.

Secara umumnya, amalan protokol boleh dimaksud sebagai:
“SATU SISTEM SOPAN SANTUN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM PERHUBUNGAN RASMI DAN IANYA JUGA MERUJUK KEPADA SEGALA PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI DALAM MENGANJURKAN MAJLIS-MAJLIS RASMI”.

Elemen-Elemen Protokol :

  • Susunan Keutamaan
  • Panggilan hormat/gelaran
  • Susunan tempat duduk
  • Cara berpakaian
  • Anugerah Kebesaran
  • Susunan atur cara
  • Cara mengibarkan bendera
  • Cara mengantung gambar/potret Orang-Orang Kenamaan

Elemen-Elemen Etiket Sosial :

  • Penampilan dan pengayaan kendiri
  • Kesopanan dalam menghadiri pelbagai majlis
  • Kemahiran dalam perbualan social
  • Kesesuian penggunaan pakaian dalam pelbagai majlis
  • Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
  • Tertib di meja makan

Kepentingan Protokol :

  • Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan
  • Menjaga sensitivity dan perasaan
  • Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis
  • Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan seseorang VIP

Nota : Amalan Protokol tidak semestinya Rijid. Peraturan boleh diubah suai mengikut keadaan dan persetujuan pihak-pihak yang terlibat.

KETERTIBAN DALAM MENGHADIRI MAJLIS RASMI

Panduan Am :

  • Jaga tingkah laku dan kesopanan semasa menghadiri majlis rasmi
  • Beri perhatian kepada peraturan protokol
  • Patuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti menepati masa kehadiran, memakai pakaian yang ditetapkan dan memaklumkan tentang kehadiran
  • Patuhi etiket perbualan,pergaulan dan tertib di meja makan.

Pastikan Anda :

  • Beritahu penganjur keputusan sama ada hadir/tidak hadir ke majlis
  • Memakai pakaian yang betul. Anda mungkin tidak diterima masuk sekiranya tidak berpakaian sesuai
  • Tahu tempat majlis diadakan
  • Hadir mengikut masa yang ditetapkan
  • Hadir mengikut jawapan yang dimaklumkan (Seorang/Berdua)

Kad Jemputan :

  • Teliti segala maklumat yang terkandung dalam Kad Jemputan
  • Teliti tujuan majlis (Rasmi / tidak rasmi)
  • Ambil Perhatian terhadap tarikh, masa dan tempat majlis
  • Ambil maklum tentang jenis pakaian yang ditetapkan
  • Buat keputusan hadir / tidak hadir
  • Beri jawapan kepada Penganjur dengan segera

Semasa tiba di majlis :

  • Elakan datang lewat atau terlalu awal
  • Tunjukkan kad jemputan kepada Penyambut Tetamu
  • Kenalpasti tempat duduk
  • Jangan menukar tempat duduk yang telah disediakan
  • Minta bantuan dari Penyambut Tetamu jika mengalami sebarang masalah

Sebelum majlis bermula :

  • Hendaklah bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Jangan memencilkan diri
  • Apabila masuk dan keluar daripada tempat duduk hendaklah dari sebelah kanan kerusi.
  • Jangan meminta minuman yang tidak dihidangkan. Setelah selesai minum gelas diletakan di atas dulang yang dibawa oleh pelayan.
  • Jangan letak gelas dimerata-rata tempat atau membawa gelas ke meja makan

Semasa berada dalam majlis :

  • Teliti program/acara yang akan dijalankan
  • Apabila tetamu VIP sampai hendaklah berdiri
  • Ikuti acara majlis dengan tenang,elakkan dari keluar masuk
  • Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menggangu perjalan majlis seperti bercakap-cakap ketika ucapan disampaikan, ketawa berlebihan dsb.
  • Ikut sama bertepuk tangan

Tertib di meja makan :
Perbuatan yang perlu dielakkan :

  • Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan
  • Mengunyah gula-gula getah sambil bercakap
  • Mencelah perbualan orang lain
  • Bercakap dengan nada yang tinggi
  • Berbisik-bisik sesama teman
  • Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami orang lain
  • Mencungkil gigi,mengorek hidung atau telinga
  • Makan sup atau minum dengan mengeluarkan bunyi
  • Berjenaka berlebihan/ perbualan berbentuk lucah
  • Meletakkan barang peribadi di atas meja
  • Berbedak,bergincu atau menyikat rambut
  • Mengambil makanan secara berlebihan di meja makan secara buffet
  • Berpakaian tidak sesuai

Semasa majlis tamat :

  • Jangan terus melulu keluar
  • Tunggu tetamu kerhormat berangkat meninggalkan majlis
  • Keluar ikut giliran
  • Berdiri mengadap tetamu utama sebagai tanda hormat
  • Elakkan mengambil sesuatu daripada meja sebagai kenangan