Sile la mendownload :
i. Etika
ii. Imej dan penampilan diri
Saturday, November 7, 2009
.:Guideline Night of Future:.
Posted by dinner0910 at 10:42 AM 0 comments
Monday, November 2, 2009
Dining Hall Etoile
this is some photos about our dining hall..
so, what do you think about it..
quite nice isn't it..
the front door.. dont get lost okay..
the atmosphere is fabulous..
10 person per table..
wedding dais..
place for our performer.. hope they will entertain us
Posted by dinner0910 at 10:31 AM 15 comments
Sunday, November 1, 2009
Saturday, October 31, 2009
Night of The Future
The best thing about the future is that it only comes one day at a time.
tressure all the time together..
Posted by dinner0910 at 12:20 PM 4 comments
hairstyle
this is for those who had long hair..
it must be tidy and not dye...
but a man look even more smarter with short hairstyle.. didn't you think soo?
Posted by dinner0910 at 11:36 AM 2 comments
Maklumat Annual Dinner
Assalamualaikum. . Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Annual Dinner utk batch MARA 06/07 akan diadakan seperti berikut: Tarikh :10/11/2009 (Selasa) Tempat : Taj Mahal Hall /restaurant (Depan Carefour) Masa : 7 malam – 11.32 malam. Bayaran : 65 L.E ( sponser byk,duit akan dipulangkan) Untuk makluman sahabat-sahabat pada asalnya harga satu orang adalah 100 L.E..selepas berbicang dengan manager hall tersebut Alhamdulillah harga dapat dikurangkan. Dan pada awalnya 12hb adalah tarikh yg kami bincangkan,tetapi disebabkan hall tersebut tidak available pada tarikh tersebut maka kami mengambil 10hb sebagai tarikh sesuai.Insyallah tiada sebarang exam pada minggu itu. Pembayaran boleh dibuat sebelum 5/11 (Khamis) kpd : Ikhwah : Omar mukhtar che azani, mohd hafiz syazwan dan syakrani. Akhawat : An-Nagah. & Adila Bohari Majlis Annual Dinner ini adalah majlis rasmi untuk semua batch MARA 2006/2007 dan telah diwajibkan oleh Ustaz Ishak.Kerjasama sahabat-sahabat sekalian amat dihargai.Sekian. Yg Benar, C.M.Hanif. (T.Pgrh AD 07/06)
Posted by dinner0910 at 9:23 AM 0 comments
Tuesday, October 27, 2009
.:Protokol:.
Definisi Protokol:
Menurut Mokhtar & Ahmad (2001:4) dalam Protokol Di Malaysia: Tradisi dan Amalan :
“Perkataan protocol pula dikatakan berasal daripada bahasa Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua kata dasar, protos dan koll. Protos bermakna yang pertama, manakala koll membawa maksud pelekat. Pelekat yang ‘pertama’ merujuk sehelai kertas yang ditampilkan pada dokumen undang-undang untuk membuktikan kesahihan”.
Secara umumnya, amalan protokol boleh dimaksud sebagai:
“SATU SISTEM SOPAN SANTUN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM PERHUBUNGAN RASMI DAN IANYA JUGA MERUJUK KEPADA SEGALA PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI DALAM MENGANJURKAN MAJLIS-MAJLIS RASMI”.
Elemen-Elemen Protokol :
- Susunan Keutamaan
- Panggilan hormat/gelaran
- Susunan tempat duduk
- Cara berpakaian
- Anugerah Kebesaran
- Susunan atur cara
- Cara mengibarkan bendera
- Cara mengantung gambar/potret Orang-Orang Kenamaan
Elemen-Elemen Etiket Sosial :
- Penampilan dan pengayaan kendiri
- Kesopanan dalam menghadiri pelbagai majlis
- Kemahiran dalam perbualan social
- Kesesuian penggunaan pakaian dalam pelbagai majlis
- Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
- Tertib di meja makan
Kepentingan Protokol :
- Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan
- Menjaga sensitivity dan perasaan
- Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis
- Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan seseorang VIP
Nota : Amalan Protokol tidak semestinya Rijid. Peraturan boleh diubah suai mengikut keadaan dan persetujuan pihak-pihak yang terlibat.
KETERTIBAN DALAM MENGHADIRI MAJLIS RASMI
Panduan Am :
- Jaga tingkah laku dan kesopanan semasa menghadiri majlis rasmi
- Beri perhatian kepada peraturan protokol
- Patuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti menepati masa kehadiran, memakai pakaian yang ditetapkan dan memaklumkan tentang kehadiran
- Patuhi etiket perbualan,pergaulan dan tertib di meja makan.
Pastikan Anda :
- Beritahu penganjur keputusan sama ada hadir/tidak hadir ke majlis
- Memakai pakaian yang betul. Anda mungkin tidak diterima masuk sekiranya tidak berpakaian sesuai
- Tahu tempat majlis diadakan
- Hadir mengikut masa yang ditetapkan
- Hadir mengikut jawapan yang dimaklumkan (Seorang/Berdua)
Kad Jemputan :
- Teliti segala maklumat yang terkandung dalam Kad Jemputan
- Teliti tujuan majlis (Rasmi / tidak rasmi)
- Ambil Perhatian terhadap tarikh, masa dan tempat majlis
- Ambil maklum tentang jenis pakaian yang ditetapkan
- Buat keputusan hadir / tidak hadir
- Beri jawapan kepada Penganjur dengan segera
Semasa tiba di majlis :
- Elakan datang lewat atau terlalu awal
- Tunjukkan kad jemputan kepada Penyambut Tetamu
- Kenalpasti tempat duduk
- Jangan menukar tempat duduk yang telah disediakan
- Minta bantuan dari Penyambut Tetamu jika mengalami sebarang masalah
Sebelum majlis bermula :
- Hendaklah bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Jangan memencilkan diri
- Apabila masuk dan keluar daripada tempat duduk hendaklah dari sebelah kanan kerusi.
- Jangan meminta minuman yang tidak dihidangkan. Setelah selesai minum gelas diletakan di atas dulang yang dibawa oleh pelayan.
- Jangan letak gelas dimerata-rata tempat atau membawa gelas ke meja makan
Semasa berada dalam majlis :
- Teliti program/acara yang akan dijalankan
- Apabila tetamu VIP sampai hendaklah berdiri
- Ikuti acara majlis dengan tenang,elakkan dari keluar masuk
- Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menggangu perjalan majlis seperti bercakap-cakap ketika ucapan disampaikan, ketawa berlebihan dsb.
- Ikut sama bertepuk tangan
Tertib di meja makan :
Perbuatan yang perlu dielakkan :
- Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan
- Mengunyah gula-gula getah sambil bercakap
- Mencelah perbualan orang lain
- Bercakap dengan nada yang tinggi
- Berbisik-bisik sesama teman
- Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami orang lain
- Mencungkil gigi,mengorek hidung atau telinga
- Makan sup atau minum dengan mengeluarkan bunyi
- Berjenaka berlebihan/ perbualan berbentuk lucah
- Meletakkan barang peribadi di atas meja
- Berbedak,bergincu atau menyikat rambut
- Mengambil makanan secara berlebihan di meja makan secara buffet
- Berpakaian tidak sesuai
Semasa majlis tamat :
- Jangan terus melulu keluar
- Tunggu tetamu kerhormat berangkat meninggalkan majlis
- Keluar ikut giliran
- Berdiri mengadap tetamu utama sebagai tanda hormat
- Elakkan mengambil sesuatu daripada meja sebagai kenangan
Posted by dinner0910 at 7:02 AM 0 comments
Monday, September 14, 2009
GUIDE LINE PAKAIAN KE MAJLIS RASMI
YES | NO# |
-baju kurung* -baju melayu** -baju batik # -baju kebarung* -baju kebaya* -cheongsam(bangsa cina shj)# -sari (bangsa 2. jubah seluar* 3.maxi atau evening gown yang menutup aurat* 4. jubah* 5. blazer** 6. tuxedo** 7. kemeja lengan panjang** 8. neck tie** 9. kasut kulit# 10. seluar slack# 11. three pieces suit( blouse , skirt panjang dan kot)* 12. songkok** | 1. semua jenis pakaian seksi 2. t-shirt 3. seluar jeans 4. sneakers 5. cardigan/ sweater 6. baju kurung kedah 7. mini skirt 8. pakaian bersukan 9. selipar jepun 10. kemeja lengan pendek 11. baju melayu tidak lengkap Cnth: tidak memakai sampin dan songkok 12. capal/sandle 13. sebarang jenis topi 14. serban/kopiah 15. accesorri yang berlebihan Cnth: tanda salib yang terlampau besar, rantai sebesar rantai pagar. 16. tube 17. jubah lelaki |
*female
**male
#male and female
Posted by dinner0910 at 11:44 PM 6 comments
Saturday, July 18, 2009
maklum balas
1. dari kolot ape pny ayat la ni...memalukan betul...pegi la blaja dlu mcmna nk TULIS SECARA FORMAL.....ingt nk buat majlis utk kanak2 ke ni? |
kolot: mengamalkan tatatertib yg sebenar apabila berada di majlis-majlis rasmi.-aku gelak tO KOLOT ; terima kaseh untuk komen anda.Tapi kalau anda menolak majlis makan malam ini semata-mata kerana ayat yang kami gunakan tidak sesempurna yang anda inginkan ,kami memohon maaf kerana kami sendiri masih dalam proses belajar. Seperti yg anda tahu,ini kali pertama program seperti ini dijalankan di sini. Jadi,marilah kita sama-sama belajar kan. jangan risau tentang dining etiqquete yang akan kami cuba bawakan kepada pelajar, segala intipati program BUKAN direka-reka oleh kami tapi merupakan kesinambungan daripada subjek Dinamika Kemahiran iaitu subjek WAJIB di kolej matrikulasi di Malaysia. harap maklum p/s : kami pun tak sempurna,kita belajar bersama-sama. 2.dari digimong digimong: makang jer kejer....parop2.... to digimong Namanya pun majlis makan malam,mestilah makang-makang. Takkan nak buat prom night kot.Nak ke?? Parop ke belajar macam mana nak bawa diri di depan masyarakat.benda ni kan kemahiran yang tidak diajar kepada kita oleh pihak universiti. Lagipun,bukannya dibuat tiap-tiap bulan pun. Kemungkinan besar sekali je SEPANJANG anda belajar di sini. Tajaan akan dicari SEBANYAK mungkin : termasuk dari Malaysia untuk mengurangkan tanggungan pelajar. 3. dari bingung kate nk buat formal2...so isi laa ngn bnde pekdah sket...yg tu,korg pk laa sndiri caner nk isi.. to bingung Sebenarnya mana anda dapat berita ada nasyid, band dan semua yang anda rasa tak berfaedah tu??? AJK Persembahan baru je nak meeting, jangan risau kami akan pertimbangkan segala persembahan bertepatan dengan objektif. kalau anda ada idea lagi bagus,silalah bagitau k. 4.dari pemantau pemantau: slm.skdr bg pandangan.rsnye objektif majlis kurang jelas.kalau difikirkan balik nanti majlis ni hanya akan menjadi sekadar makan malam yg biasa.org dtg pakai baju cantik2,mkn,bgembira..hanya itu? to pemantau Yang menjadikan program ini majlis makan malam yang biasa atau luar biasa adalah kita sendiri. Tolong jangan pandang majlis ini sekadar makan-makan SAHAJA. Maaflah kalau objektif yang kami keluarkan kurang jelas, segalanya masih dalam perancangan dengan pelbagai pihak. Apa yang dibuat adalah mengikut urutan mula-mula survey dan insyaAllah gerak kerja selanjutnya akan diberitahu dari semasa ke semasa. Kalaulah anda AJK PCI silalah rujuk AJK Tertinggi anda kerana segala persoalan dan cadangan anda telah kami bincangkan bersama AJKT PCI.Sekian. KEPADA SEMUA YANG RAJIN MEMBERI KOMEN Dinasihatkan untuk menggunakan bahasa2 yang manis lagi cantik. Orang Melayu kan berbudi bahasa. |
Posted by DrAklinaRamli at 8:39 AM 1 comments
Friday, July 17, 2009
.:Survey for Annual Dinner 09/10:.
sile lah undi kat sebelah tu.... kerjasama anda amatlah kami hargai :D
anda risau dengan kadar bayaran yang mahal???
insyaAllah,
pihak kami sedang berusaha untuk mencari tajaan bagi mengurangkan kos
sehingga seminimum mungkin
(maybe tak kena bayar)
Posted by dinner0910 at 6:51 AM 0 comments
Sunday, July 12, 2009
PENGENALAN
TEMA
A STEP TOWARDS PROFESSIONALISM.
OBJEKTIF
2) mengukuhkan pengetahuan pelajar dalam mempraktikkan protokol dalam pengurusan dan pengendalian majlis rasmi.
3) meningkatkan" soft skills" para pelajar melalui aspek kepimpinan, semangat kerjasama, toleransi, dan kreativiti.
4) mempraktikkan etiket di meja makan yang betul mengikut tatasajian yang ditetapkan oleh penganjur.
5) mendedahkan etiket berpakaian yang sesuai sebagai bakal pekerja kerajaan nanti.
6) memulakan tradisi kita sendiri dalam menyambut alam baru" clinical years".
SASARAN
semua pelajar tahun 3 08/09
ANJURAN
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH
PENASIHAT
1)Muhammad Hafidzudin Abdul Razak
2)Nawwar Afifah Binti Zakaria
PENGARAH MAJLIS
Aida Nurbaiti binti Arbain
TIMBALAN PENGARAH
Che Mohd Hanif Bin Che Mat
TENTATIF PROGRAM
2) Adalah wajar untuk para pelajar mempraktikkan etika-etika yang telah dipelajari di dalam majlis makan malam ini.
3) Majlis makan malam ini bukan sahaja majlis makan malam biasa malah para pelajar
akan dihiburkan dengan persembahan-persembahan yang menarik bertepatan dengan format majlis.
Posted by dinner0910 at 8:20 AM 15 comments
SALAM
All the information about the incoming annual dinner can be find here. we will make sure that , you will get your answer here.
any suggestions and critics are mostly welcome...........
LETS THE PARTY BEGINS.......
Posted by dinner0910 at 7:55 AM 0 comments