1. dari kolot ape pny ayat la ni...memalukan betul...pegi la blaja dlu mcmna nk TULIS SECARA FORMAL.....ingt nk buat majlis utk kanak2 ke ni? |
kolot: mengamalkan tatatertib yg sebenar apabila berada di majlis-majlis rasmi.-aku gelak tO KOLOT ; terima kaseh untuk komen anda.Tapi kalau anda menolak majlis makan malam ini semata-mata kerana ayat yang kami gunakan tidak sesempurna yang anda inginkan ,kami memohon maaf kerana kami sendiri masih dalam proses belajar. Seperti yg anda tahu,ini kali pertama program seperti ini dijalankan di sini. Jadi,marilah kita sama-sama belajar kan. jangan risau tentang dining etiqquete yang akan kami cuba bawakan kepada pelajar, segala intipati program BUKAN direka-reka oleh kami tapi merupakan kesinambungan daripada subjek Dinamika Kemahiran iaitu subjek WAJIB di kolej matrikulasi di Malaysia. harap maklum p/s : kami pun tak sempurna,kita belajar bersama-sama. 2.dari digimong digimong: makang jer kejer....parop2.... to digimong Namanya pun majlis makan malam,mestilah makang-makang. Takkan nak buat prom night kot.Nak ke?? Parop ke belajar macam mana nak bawa diri di depan masyarakat.benda ni kan kemahiran yang tidak diajar kepada kita oleh pihak universiti. Lagipun,bukannya dibuat tiap-tiap bulan pun. Kemungkinan besar sekali je SEPANJANG anda belajar di sini. Tajaan akan dicari SEBANYAK mungkin : termasuk dari Malaysia untuk mengurangkan tanggungan pelajar. 3. dari bingung kate nk buat formal2...so isi laa ngn bnde pekdah sket...yg tu,korg pk laa sndiri caner nk isi.. to bingung Sebenarnya mana anda dapat berita ada nasyid, band dan semua yang anda rasa tak berfaedah tu??? AJK Persembahan baru je nak meeting, jangan risau kami akan pertimbangkan segala persembahan bertepatan dengan objektif. kalau anda ada idea lagi bagus,silalah bagitau k. 4.dari pemantau pemantau: slm.skdr bg pandangan.rsnye objektif majlis kurang jelas.kalau difikirkan balik nanti majlis ni hanya akan menjadi sekadar makan malam yg biasa.org dtg pakai baju cantik2,mkn,bgembira..hanya itu? to pemantau Yang menjadikan program ini majlis makan malam yang biasa atau luar biasa adalah kita sendiri. Tolong jangan pandang majlis ini sekadar makan-makan SAHAJA. Maaflah kalau objektif yang kami keluarkan kurang jelas, segalanya masih dalam perancangan dengan pelbagai pihak. Apa yang dibuat adalah mengikut urutan mula-mula survey dan insyaAllah gerak kerja selanjutnya akan diberitahu dari semasa ke semasa. Kalaulah anda AJK PCI silalah rujuk AJK Tertinggi anda kerana segala persoalan dan cadangan anda telah kami bincangkan bersama AJKT PCI.Sekian. KEPADA SEMUA YANG RAJIN MEMBERI KOMEN Dinasihatkan untuk menggunakan bahasa2 yang manis lagi cantik. Orang Melayu kan berbudi bahasa. |
Saturday, July 18, 2009
maklum balas
Posted by DrAklinaRamli at 8:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
digimong tu duang bdk umh kuding!pe
Post a Comment