CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 18, 2009

maklum balas


1. dari kolot

ape pny ayat la ni...memalukan betul...pegi la blaja dlu mcmna nk TULIS SECARA FORMAL.....ingt nk buat majlis utk kanak2 ke ni?

kolot: mempraktikkan etiket di meja makan yang betul mengikut tatasajian yang ditetapkan oleh penganjur.-meja mkan?aku gelak lagi

kolot: mengamalkan tatatertib yg sebenar apabila berada di majlis-majlis rasmi.-aku gelak

tO KOLOT ;

terima kaseh untuk komen anda.Tapi kalau anda menolak majlis makan malam ini semata-mata kerana ayat yang kami gunakan tidak sesempurna yang anda inginkan ,kami memohon maaf kerana kami sendiri masih dalam proses belajar. Seperti yg anda tahu,ini kali pertama program seperti ini dijalankan di sini. Jadi,marilah kita sama-sama belajar kan.

jangan risau tentang dining etiqquete yang akan kami cuba bawakan kepada pelajar, segala intipati program BUKAN direka-reka oleh kami tapi merupakan kesinambungan daripada subjek Dinamika Kemahiran iaitu subjek WAJIB di kolej matrikulasi di Malaysia. harap maklum

p/s : kami pun tak sempurna,kita belajar bersama-sama.

2.dari digimong

digimong: makang jer kejer....parop2....

to digimong

Namanya pun majlis makan malam,mestilah makang-makang. Takkan nak buat prom night kot.Nak ke?? Parop ke belajar macam mana nak bawa diri di depan masyarakat.benda ni kan kemahiran yang tidak diajar kepada kita oleh pihak universiti. Lagipun,bukannya dibuat tiap-tiap bulan pun. Kemungkinan besar sekali je SEPANJANG anda belajar di sini. Tajaan akan dicari SEBANYAK mungkin : termasuk dari Malaysia untuk mengurangkan tanggungan pelajar.

3. dari bingung

kate nk buat formal2...so isi laa ngn bnde pekdah sket...yg tu,korg pk laa sndiri caner nk isi..

bingung: awat ade prsembahan2?tkmo laa weyh..growing up laa man..udah2 le buat show2 nasyid ke,band ke,ape ke...kata mjlis formal...klau duk sibuk ngn band or nasyid ke smua tuh,baek tkyah buat mjlis formal2

to bingung

Sebenarnya mana anda dapat berita ada nasyid, band dan semua yang anda rasa tak berfaedah tu??? AJK Persembahan baru je nak meeting, jangan risau kami akan pertimbangkan segala persembahan bertepatan dengan objektif. kalau anda ada idea lagi bagus,silalah bagitau k.


4.dari pemantau

pemantau: slm.skdr bg pandangan.rsnye objektif majlis kurang jelas.kalau difikirkan balik nanti majlis ni hanya akan menjadi sekadar makan malam yg biasa.org dtg pakai baju cantik2,mkn,bgembira..hanya itu?

to pemantau

Yang menjadikan program ini majlis makan malam yang biasa atau luar biasa adalah kita sendiri. Tolong jangan pandang majlis ini sekadar makan-makan SAHAJA. Maaflah kalau objektif yang kami keluarkan kurang jelas, segalanya masih dalam perancangan dengan pelbagai pihak. Apa yang dibuat adalah mengikut urutan mula-mula survey dan insyaAllah gerak kerja selanjutnya akan diberitahu dari semasa ke semasa. Kalaulah anda AJK PCI silalah rujuk AJK Tertinggi anda kerana segala persoalan dan cadangan anda telah kami bincangkan bersama AJKT PCI.Sekian.


KEPADA SEMUA YANG RAJIN MEMBERI KOMEN


Dinasihatkan untuk menggunakan bahasa2 yang manis lagi cantik. Orang Melayu kan berbudi bahasa.




Friday, July 17, 2009

.:Survey for Annual Dinner 09/10:.






Align Center



sile lah undi kat sebelah tu.... kerjasama anda amatlah kami hargai :D

anda risau dengan kadar bayaran yang mahal???

insyaAllah,

pihak kami sedang berusaha untuk mencari tajaan bagi mengurangkan kos
sehingga seminimum mungkin
(maybe tak kena bayar)






Sunday, July 12, 2009

PENGENALAN


TEMA

A STEP TOWARDS PROFESSIONALISM.

OBJEKTIF

Melalui aktiviti Majlis Makan Malam ini para pelajar akan dapat:

1) mengamalkan tatatertib yg sebenar apabila berada di majlis-majlis rasmi.
2) mengukuhkan pengetahuan pelajar dalam mempraktikkan protokol dalam pengurusan dan pengendalian majlis rasmi.
3) meningkatkan" soft skills" para pelajar melalui aspek kepimpinan, semangat kerjasama, toleransi, dan kreativiti.
4) mempraktikkan etiket di meja makan yang betul mengikut tatasajian yang ditetapkan oleh penganjur.
5) mendedahkan etiket berpakaian yang sesuai sebagai bakal pekerja kerajaan nanti.
6) memulakan tradisi kita sendiri dalam menyambut alam baru" clinical years".

SASARAN
semua pelajar tahun 3 08/09

ANJURAN
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

PENASIHAT
1)Muhammad Hafidzudin Abdul Razak
2)Nawwar Afifah Binti Zakaria

PENGARAH MAJLIS
Aida Nurbaiti binti Arbain

TIMBALAN PENGARAH
Che Mohd Hanif Bin Che Mat

TENTATIF PROGRAM
1) Pelajar akan dibekalkan dengan manual tentang "dining etiquette" dan ciri-ciri pakaian yang sesuai dipakai ke majlis rasmi.
2) Adalah wajar untuk para pelajar mempraktikkan etika-etika yang telah dipelajari di dalam majlis makan malam ini.
3) Majlis makan malam ini bukan sahaja majlis makan malam biasa malah para pelajar
akan dihiburkan dengan persembahan-persembahan yang menarik bertepatan dengan format majlis.



SALAM

All the information about the incoming annual dinner can be find here. we will make sure that , you will get your answer here.
any suggestions and critics are mostly welcome...........

LETS THE PARTY BEGINS.......

Saturday, July 11, 2009

testing~

testing 1 2 3